Juadah kreatif buat anak



Pancake Art a Tool for Dad to Educate Kids (ABC News)


WASHINGTON 18 Mei - Seorang bapa bertindak kreatif untuk membangkitkan selera makan dua anaknya dengan mencipta penkek dalam pelbagai bentuk menarik termasuk watak filem Star Wars dan tokoh sejarah Amerika Syarikat seperti George Washington.

Pelukis ilustrasi Nathan Shields, 34, sehingga kini telah mencipta ratusan rekaan penkek yang kini menjadi tradisi mingguan keluarganya, malah lebih 100 daripada penkek berkenaan sudah ‘dikongsikan’ dengan pengguna di Internet.

Shields yang juga bekas guru matematik berkata, dia mula mencipta penkek unik tersebut hanya untuk menghiburkan dua anaknya Gryphon, 6, dan Alice, 3. - Agensi

Ibu dipenjara beri bayi susu badan yang mengandungi morfin.


COLUMBIA - AMERIKA SYARIKAT. Seorang ibu dijatuhi hukuman 20 tahun penjara kerana menyebabkan kematian bayi perempuannya selepas memberi susu badan yang mengandungi morfin.


Bekas jururawat Stephanie Greene, 39, dari South Carolina, Amerika Syarikat didapati bersalah mengambil morfin dan ubat penahan sakit lain tanpa memberitahu doktor yang beliau sedang dalam tempoh menyusukan bayinya.

Bayinya, Alexis berusia 6 minggu dilaporkan maut selepas laporan toksikologi mengesahkan kematian itu berpunca dari susu badan yang diambil.

Pendakwa raya Barry Barnette berkata, Greene yang ketagih morfin didapati bersalah membunuh dan mengabaikan keselamatan bayinya itu.

“Ini bukan dakwaan penyusuan. Greene lebih suka mengambil dadah daripada menyayangi anaknya,” katanya kepada Nydaily.

Seorang pakar perubatan memberi keterangan, melalui ujian bedah siasat terdapat mendapati terdapat kandungan morfin berlebih dalam tubuh bayi berkenaan.

“Kami dapati terdapat empat auns dadah di dalam tubuh bayi berkenaan, sebagai seorang bekas jururawat dia sepatutnya mengetahui bahaya pengambilan ubat dan dadah berkenaan terhadap bayinya,” katanya.

Susulan kesalah itu, Greene menghadapi hukuman penjara seumur hidup dan harus berkhidmat sekurang-kurangnya 16 tahun dalam penjara di bawah undang-undang South Carolina.