Bayi perempuan pulih jangkitan HIV



ATLANTA - Seorang kanak-kanak perempuan Mississippi berusia dua tahun diisytiharkan sebagai kanak-kanak pertama yang pulih daripada HIV.

Perkembangan ini diumumkan oleh penyelidik pada satu persidangan di sini kelmarin.

Sehubungan itu penyelidik percaya cabaran awal bagi kes ini adalah dalam 30 jam pertama kelahiran dengan tiga jenis antivirus utama sebagai kunci kepada hasil tersebut.

Langkah yang berkesan apabila kehadiran virus itu sangat kecil dan rawatan sepanjang hayat tidak diperlukan.

Hasil penemuan menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan dilahirkan oleh seorang ibu yang disahkan HIV positif.

“Kami tidak berpeluang merawat ibunya ketika sedang hamil, kami boleh menghalang jangkitan virus itu kepada bayi,” kata Dr Hannah Gay.

Gay, pakar pediatrik HIV di University of Mississippi Medical Center memberitahu CNN pengaturan masa sebelum bayi itu didiagnoskan HIV positif, mungkin perlu lebih penekanan berbanding dadah tertentu atau jumlah dadah yang digunakan.

“Kami berharap ada kajian dijalankan pada masa akan datang, yang menunjukkan permulaan yang lebih awal dalam terapi yang lebih efektif akan menunjukkan hasil yang sama secara konsisten,” katanya.

Ahli imunologi dari universiti sama, Dr. Katherine Luzuriaga menyifatkan perkembangan itu sesuatu yang menarik termasuk kenyataan bahawa tiada virus ditemui pada darah kanak-kanak itu meskipun selepas ibunya berhenti memberi rawatan antara lapan hingga 10 bulan.

“Ini merupakan kes pertama, di mana kami boleh mendokumenkan bahawa bayi yang dijangkiti kemudian setelah tempoh rawatan telah dapat meninggalkan rawatan tanpa ada kesan virus kembali," kata Luzuriaga.